Thursday 25 April 2013




KPRU Kritik Perkembangan Insiden Keganasan Untuk Membina Suasana Ketakutan
Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mengecam sekeras-kerasnya keganasan politik yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini yang menggunakan bom. Ianya merupakan tindakan pengecut yang dilakukan untuk menyebabkan provokasi dan membina suasana ketakutan dalam perjalanan negara ini ke Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang demokrasi.

Kejadian keganasan politik baru-baru ini yang mengejutkan rakyat Malaysia di Pulau Pinang harus dihentikan dengan serta-merta. Keganasan politik yang berlaku di pusat operasi Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang di mana sebuah lagi bom ditemui di dalam tong sampah yang berdekatan malangnya bukan kali pertama keganasan politik seperti itu berlaku dalam perjalanan Malaysia ke Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini

Kejadian seperti ini sudah bermula sejak tahun lepas di mana para penyokong dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf, mereka menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan. Insiden ini mengakibatkan seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.

Kes lain yang melibatkan keganasan politik juga berlaku di kawasan parlimen Lembah Pantai telah menjadi salah satu tempat yang dilaporkan menjadi mangsa keganasan politik. Pada mulanya hanya telur menjadi bahan yang dibaling di tangga pejabat Nurul Izzah, calon kerusi Parlimen Lembah Pantai. Tahun ini, ahli pasukan sukarelawan Nurul Izzah menjadi mangsa apabila diacukan parang dan diugut dengan kata-kata kesat. Kini bom pula yang digunakan.

KPRU menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab. Nescaya, semakin dekat kita kepada PRU13, semakin mengganas keganasan politik, terutamanya di ceramah-ceramah politik. Berdasarkan statistik Polis Di Raja Malaysia (PDRM), mendapati 632 laporan polis diterima daripada hari penamaan sehingga masa terkini, dan sebanyak 22 tangkapan, iaitu hanya menyumbang 3.4 peratus tangkapan. KPRU mempersoalkan apakah tindakan polis untuk menghalang atau membanteras kejadian-kejadian seperti ini?

Pada tahun lepas, keganasan politik berlaku di ceramah-ceramah politik pakatan pembangkang. Pada tahun ini, ianya telah bermula menular kepada pihak Barisan Nasional. KPRU menyeru pihak polis mengambil tindakan sebelum terlambat. Ianya jelas bahawa tindakan pengecut seperti ini bukanlah suatu perkara yang kita ingini dalam perjalanan kita kepada proses PRU13 ini. KPRU juga mengajak semua pihak untuk kembali kepada perjalanan pilihan raya yang aman dan tenteram. Marilah kita menuju ke PRU dengan sikap matang dan pemikiran yang rasional.

Lampiran


Jadual 1: Kronologi Insiden Keganasan (Jan 2012-April 2013)

TarikhAcara/TempatInsiden
13 April2013Pangsapuri Sri PahangSeorang sukarelawan KEADILAN meletak bendera di pangsapuri Sri Pahang pada jam 5.30pm, diancam oleh samseng menggunakan sebilah parang.
11 April2013Felda Neram 1, Kemaman, TerengganuSeorang sukarelawan PAKATAN yang berumur 40 tahun, Asri Hassan, diserang 15 orang samseng dengan parang dan batang kayu semasa menggantung bendera parti, mengakibatkan beliau cedera parah, dimasukan ke hospital dan diberi rawatan 30 jahitan.
4 April2013Johor Bharu/ Ceramah PAKATANSekumpulan orang yang memegang bendera BN dan UMNO membuat kacau di lokasi ceramah PAKATAN. Mereka memainkan lagu dengan kuat dan mengupah penyanyi untuk menyanyi, mengakibatkan pemimpin PAKATAN hampir diserang sewaktu ketibaan mereka di tempat tersebut.
29 Mac2013Seri PantaiSeorang sukarelawan pilihan raya diserang apabila bekerja di Sekolah Menengah Seri Pantai. Beliau menghadapi cedera parah dan dimasukkan ke hospital, dirawat dengan 5 jahitan di bahagian kepala.
28 Mac2013Batu PahatSeorang pemuda berumur 17 tahun dilihat bersalam dengan kawan yang sedang menggantung bendera KEADILAN semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas senaman. Beberapa orang samseng UMNO, termasuklah Ketua Cawangan Kampung Jorak Elahi UMNO telah ke rumah pemuda tersebut dan memukulnya.
28 Mac 2013BangsarBilik Gerakan Bangsar KEADILAN dipecah masuk, bahan-bahan publisiti seperti bendera dicuri, mengakibatkan kerugian kira-kira RM20 ribu.
28 Mac2013Taman Sri Sentosa UtaraSemasa sukarelawan pilihan raya berada dalam khemah, beberapa samseng memberi ancaman lisan. manakala khemah tersebut dirobohkan pada hari keesokannya.
26 Mac 2013Kuala Selangor/ Ceramah PAKATANLebih kurang 20 orang penuggang motosikal berkumpul di luar sebuah lokasi ceramah, mengejek hadirin di luar pagar. Mereka juga menunjukkan banner anti-PAKATAN.


12 Mac2013

Bahau/ Ceramah PakatanLebih kurang 200 orang samseng membuat kacau dan mengepung Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Mereka merentasi kawasan perlindungan polis, membaling botol air mineral, batu, mercun dan barangan, mengakibatkan seorang penyokong PAKATAN cedera di bahagian tepi mata.
11 Mac2013Tropicana, Petaling Jaya50 orang dari 3 pertubuhan pro-UMNO menunjuk perasaan di ibu pejabat KEADILAN dengan baling telur, batu dan batang kayu, mengakibatkan papan logo parti rosak.
8 Mac2013Bukit KatilPenyokong BN telah membuat kacau di ceramah PAKATAN, mengakibatkan sekurang-kurang 2 orang cedera. Bas Jelajah Merdeka Rakyat KEADILAN pula kemek dan cermin pecah kerana dibaling batu.
5 Disember2012GombakPara penyokong PKR dan BN cedera apabila berlakunya pergaduhan antara dua kedua-dua belah di sebuah ceramah yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim.
16 Ogos2012-Pengerusi Little India Joint Action Committee S Pathavachalam mendakwa menerima ugutan bunuh berbaur politik.
30 Mei2012Taman Mutiara, Meru, KlangDua ahli DAP telah diserang di Taman Mutiara, Meru, Klang dan dimasukkan ke hospital akibat keretakan tulang hidung dan patah tangan.
25 Mei2012Kuala Kangsar11 buah kereta yang diletakkan berhampiran dengan ceramah yang dihadiri bekas Menteri Bersar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin dibaling dengan cat merah.
25 Mei 2012Lembah PantaiAhli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah melaporkan beberapa biji telur dilempar di tangga pejabatnya.
24 Mei 2012Ceramah Pakatan/ Lembah PantaiBeberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah para hadirin mengakibatkan seorang penonton ceramah cedera selepas terkena batu yang dilemparkan dari arah yang tidak diketahui dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.
24 Mei 2012Ceramah Pakatan/ Kuala KangsarTerdapat 11 kereta disimbah cat biru semasa majlis ceramah dilangsungkan, termasuk kereta Bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan dari kuasanya, Nizar Jamaluddin. Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan.
24 Mei 2012Ceramah Pakatan/ BangiSekira-kira 30 orang melakukan provokasi termasuk membaling batu dan melontar kata-kata kesat ketika Mat Sabu memberi ceramah di pentas.[1]
20 Mei 2012Minum Petang bersama Amiga/Merlimau, MelakaDua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga. Salah satu daripada tayar kenderaan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu.
11 Mei 2012Pulau PinangKira-kira 30 anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA melangsungkan “upacara pengebumian” di depan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.
6 Mei 2012PahangIbu Pejabat Keadilan Pahang diceroboh. Pengerusi Majlis Pimpinannya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata bahawa pencereboh itu bukan berniat mencuri tapi fail, komputer habis dimusnahkan.[2]
2 Mei 2012Hantar memorandum pada Perdana Menteri/PutrajayaTiga orang ahli Keadilan iaitu K. Gunasekaran, S. Murali dan Gobalakrishnan telah tercedera akibat serangan yang didakwa diketuai oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan semasa mereka melawat Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berkenaan isu kad pengenalan bangsa India di Malaysia.[3]
19 April 2012Demonstrasi Mansuhkan PTPTN/ Dataran MederkaSekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Mereka berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan di samping mensasari terhadap mereka yang membawa kamera dan alat perakam video.
3 April 2012Pertikaian rumah pangsa Kampung kerinchi/ Lembah PantaiProtes aman melibatkan seramai 433 bekas penduduk rumah pangsa Kampung Kerinchi, bertukar kecoh apabila sebahagian penduduk enggan mengosongkan rumah mereka. Kekecohan ini juga menyaksikan pelajar kontroversi Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Adam Adli ditumbuk.
26 Mac 2012Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor/ Stadium Kuala SelangorSeramai kira-kira 20 samseng bermotor berkumpul di pagar stadium dan melakukan provokasi kepada hadirin, termasuk membaling objek seperti batu dan botol air ke dalam stadium.[4]
26 Febuari 2012Ceramah Pakatan/Felda Lepar Hilir, Gambang, PahangSeorang samseng Umno mengacu penumbuk, beberapa inci sahaja dari wajah Nurul Izzah, sebelum sempat dihalang penyokong Pakatan.[5]
26 Febuari 2012Perhimpunan Hijau, Pulau PinangSekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Penceroboh tersebut mengakibatkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar bahasa Cina cedera dipukul dengan topi keledar.
19 Febuari 2012Ceramah Pakatan/ Sembrong, JohorLebih 100 orang, kebanyakannya remaja belasan tahun, telah melakukan gangguan di sebuah program ceramah DSAI. Mereka turut melempar mercun, telur, botol dan kayu di samping melontar kata-kata kesat ketika DSAI berucap. Di samping itu, sekumpulan samseng yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta DSAI dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek.
13 Febuari 2012Ceramah Pakatan / Alor GajahSekira-kira 20 hingga 30 samseng bermotosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut. Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, mereka telah menampar seorang lelaki ahli Keadilan yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.
12 Febuari 2012Kebebasan Akademik/ KlangSatu ceramah mengenai kebebasan akademik terpaksa dibatalkan selepas sekumpulan remaja mengganggu majlis itu dan mengepung lokasi sebelum ceramah bermula.
21 Januari 2012Ceramah ABU/ Shah AlamPenyokong Umno dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf, mereka menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan. Insiden ini mengakibatkan seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.
Posted in *Kenyataan Media, Isu Strategik, Perkembangan

No comments:

Post a Comment