Tuesday 28 May 2013

Twitter



     Twitter adalah sebuah laman web yang dimiliki dan dikendalikan oleh Twitter Inc. yang menawarkan rangkaian sosial berupa mikroblog sehingga membolehkan pengguna untuk menghantar dan membaca mesej yang disebut kicauan (tweets). Kicauan adalah teks tulisan hingga 140 aksara yang dipaparkan pada halaman profil pengguna. Kicauan boleh dilihat secara luaran namun penghantar boleh menyekat penghantaran mesej ke senarai rakan-rakan mereka sahaja. Pengguna boleh melihat kicauan penulis lain yang dikenal dengan sebutan pengikut.

     Semua pengguna boleh menghantar dan menerima kicauan melalui laman Twitter. Aplikasi luaran yang serasi (telifon bimbit), atau dengan mesej ringkas (sms) yang terdapat di negara-negara tertentu. Laman web ini berpusat di San Bruno, California berdekatan San Francisco di mana laman web ini pertama kali dibuat. Twitter juga mempunyai pelayan dan pejabat di San Antonio, Texas dan Boston, Massachusetts.

     Sejak ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Jack Dorsey, Twitter telah mendapatkan populariti di seluruh dunia dan sekarang ini mempunyai lebih dari 100 juta pengguna. Hal ini kadang-kadang digambarkan sebagai "SMS dari internet.

SEJARAH

     Twitter bermula dari sebuah perbincangan yang diadakan oleh ahli-ahli dewan dari Podcasting syarikat Odeo. Dalam pertemuan tersebut, Jack Dorsey  memperkenalkan idea Twitter di mana individu bolleh menggunakan SMS perkhidmatan untuk berkomunikasi dengan sebuah kumpulan kecil. Projek ini bermula dari tarikh 15 Julai 2006. Twitter menjadi syarikat sendiri pada bulan April 2007.

     Populariti Twitter mula meningkat pada tahun 2007 apabila terdapat festival  South by Southwest (SXSW). Selama acara tersebut berlangsung, penggunaan Twitter meningkat dari 20,000 kicauan satu hari menjadi 60,000 di mana reaksi di festival itu sanggat positif.

     Dan pada tarikh 14 September 2010, Twitter telah menukar logo dan melancarkan reka bentuk baru.


JACK DORSEY :)


PERTUMBUHAN

     Sudah lebih dari 400,000 dihantar-tampil (post) satu suku pada tahun 2007. Kemudian berkembang menjadi 100 juta kicauan dihantar-tampil satu suku pada tahun 2008. Pada akhir tahun 2009, 2 billion satu suku kicauan telah dihantar-tampil. Pada suku pertama tahun 2010, 4 billion kicauan yang dihantar-tampil. Pada bulan Februari 2010, pengguna Twitter menghantar 50 juta per hari. Pada Jun 2010, sekitar 65 juta kicauan yang dihantar-tampil setiap hari sama dengan kira-kira 750 kicauan dihantar setiap saat menurut Twitter.

     Pengguna Twitter akan menjadi lebih aktif ketika ada kejadian menonjol sebagai contoh rekod rekod dicipta pada Piala Dunia 2010 ketika penggemar menulis 2940 kicauan satu saat dikedua-dua tempoh 30 selepas Jepun meledak gol melawan Cameroon pada tarikh 14 Jun 2010. Rekod dipatahkan lagi ketika 3085 kicauan satu saat yang dihantar-tampil setelah kemenangan Los Angeles Lakers di Final NBA 2010 pada tarikh 17 Jun 2010. Hal ini pun terjadi ketika penyayi Micheal Jackson meninggal dunia pada tarikh 25 Jun 2009. Server Twitter turun kerana pengguna mengemas kini status mereka untuk memasukkan kata-kata "Micheal Jackson" pada peringkat 100,000 kicauan satu jam.