Sunday 17 March 2013

Perbezaan Prosedur Kebenaran Nikah diantara Negeri Terengganu & Kelantan




Kebenaran Nikah di Negeri Terengganu

Surat kebenaran Nikah merupakan perakuan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) atau Mahkamah Syariah bagi membolehkan urusan akad nikah boleh dilakukan. Kebenaran oleh JHEAT dikeluarkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga dan Pejabat Agama Daerah.

Di bawah pentadbiran JHEAT, jenis kebenaran yang dikeluarkan diklafikasikan kepada dua bahagian iaitu Kebenaran Nikah Dalam Mukim dan Kebenaran Nikah Luar Mukim.

1) Kebenaran nikah dalam mukim : permohonan kebenaran nikah yang     dikemukakan oleh bakal pengantin lelaki dan perempuan yang bermastautin di Terengganu untuk melangsungkan pernikahan dan akan didaftarkan dalam Negeri Terengganu.

2) Kebenaran nikah luar mukim : permohonan kebenaran nikah yang dikemukakan oleh bakal pengantin yang bermastautin di Terengganu untuk melangsungkan pernikahan dan akan didaftarkan di negeri lain selain dari Negeri Terengganu.



 Kebenaran Nikah di Negeri Kelantan


No comments:

Post a Comment