Konflik etnik di Myanmar (sebelum ini dikenali sebagai Burma) begitu ketara selepas Myanmar memperoleh kemerdekaannya daripada Britain pada bulan Januari 1948 (hal ini bukan pula bermakna pada zaman sebelum penjajahan konflik sedemikian tidak pernah wujud, cuma bentuk dan puncanya agak berbeza. Konflik tersebut yang melibatkan hampir semua kelompok minoriti pada asasnya berpunca daripada faktor nasionalisme iaitu satu fenomena moden yang dikatakan bermula di Eropah pada abad ke-18. Namun masalah etnik ini hanya mendapatkan perhatian meluas di Asia Tenggara disebabkan dua faktor. Pertama, apabila perjuangan kelompok minoriti ini mula berkembang ke negara jiran seperti Thailand ataupun Bangladesh (yang juga dikenali dengan nama Pakistan Timur), dan kedua apabila masalah ini melibatkan orang Islam dalam jumlah yang besar seperti yang berlaku pada tahun 1977-1978 dan tahun awal 1990-an. Pada tahun 1991-1992 berlaku kebanjiran ribuan pelarian Rohingya yang beragama Islam ke Bangladesh serta India dan buat pertama kalinya negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia menyuarakan bantahan secara terbuka kepada Yangon. Masalah pelarian pada tahun 1942 jauh lebih serius berbanding konflik yang memusnahkan sama sekali hubungan etnik yang telah pun rapuh sejak zaman penjajahan British.
Selain itu, dalam kalangan pelarian
terdapat pelbagai cerita seperti keganasan serta penindasan yang dilakukan oleh
anggota tentera Myanmar terhadap masyarakat Rohingya iaitu, bagaimana mereka
dijadikan buruh paksa untuk membina jalan raya serta kem tentera di tempat yang
strategik, layanan buruk yang diterima daripada kelompok majoriti (orang Burman
dan juga bangsa Arakan yang merupakan masyarakat terbesar di Arakan) yang mendapat sokongan tentera, merampas harta benda, disyaki terlibat dalam pembunuhan
mahupun menyokong kelompok Rohingya yang memberontak, kes rogol, pencabulan
kesucian masjid dan penahanan yang dilakukan dengan berleluasa. Perkara-perkara
tersebut sememangnya sukar dipercayai namun rekod buruk tentera kerajaan sejak
tahun 1948 terhadap anggota kelompok minoriti yang lain, mahupun terhadap orang
sebangsa yang berlainan ideologi, menyebabkan dakwaan ini tidak boleh
diketepikan begitu sahaja.
ROHINGYA :
BEBERAPA MASALAH
Rohingya (Rohinga/Rowengyah)
bermaksud “yang dikasihi” atau “yang penyayang”. Perkataan ini berkaitan rapat
dengan keberanian yakni keberanian perwira-perwira Islam (India-Muslim, Afghan
dan Turki) yang berkhidmat dengan raja-raja Arakan pada pertengahan abad ke-15
hingga abad ke-18.
Bahasa yang digunakan adalah campuran
bahasa Arab, Benggala, Urdu dan Arakan. Namun hari ini bahasa Arakan Burma
merupakan bahasa utama yang digunakan oleh masyarakat.
Asal usul masyarakat Rohingya
merupakan kacukan daripada berbagai-bagai bangsa seperti Arab, Parsi, kelompok
India (seperti Afghanistan) dan orang Benggala dan Chittagong.
Seawal abad ke-8 Masihi, Arakan telah
didatangi oleh peniaga dan pedagang Arab yang bertindak sebagai penyebar agama
Islam. Terdapat perkahwinan antara mereka yang menetap di Arakan dengan
penduduk tempatan. Menyebabkan kesukaran membezakan Rohingya “lama” dengan yang
“baru”.
Tahun 1942, sukar dianggap sebagai
orang Rohingya kerana tidak mempunyai ciri-ciri budaya yang tepat. Kelompok
masyarakat Rohingya diasimilasikan dari segi bahasa, pakaian dan juga adat
resam. Menggunakan bahasa Burman dan menggunakan nama Myanmar. Namun mereka
tetap beragama Islam walaupun telah bercampur aduk dengan kepercayaan tempatan.
Masalah etnik di Myanmar dikatakan bermula pada tahun 1920-an dan 1930-an iaitu pada zaman kemelesetan ekonomi yang melanda Myanmar. Orang Rohingya bergiat cergas dalam bidang peruncitan dan perdagangan dan merupakan sumbangan terbesar dalam ekonomi.
Masalah etnik di Myanmar dikatakan bermula pada tahun 1920-an dan 1930-an iaitu pada zaman kemelesetan ekonomi yang melanda Myanmar. Orang Rohingya bergiat cergas dalam bidang peruncitan dan perdagangan dan merupakan sumbangan terbesar dalam ekonomi.
No comments:
Post a Comment